Sunday, July 18, 2010

In Love, Again

Aku dah jatuh cinta.

Aku dulu pernah kutuk kawan kawan yang minat giler pada Robert Pattinson. Edward Cullen la, Twilight kejadahla. Itu semua sebab aku tak pernah tengok, aku tak minat cite vampire mende ni semua.

Pandangan aku berubah, hari tu.

Buat pertama kali aku tengok cerita Twilight (padahal cerita dah lama, sekarang dah siri ke-3).

Pertama kali aku jatuh cinta pada vampire.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bagi aku Edward Cullen tak handsome. Muka penyek. Dah la pucat giler.

Tapi aku suka dia. Cinta dia pada Bella. Macamana dia jaga Bella. Sangat protective. Dia sentiasa ada bila Bella dalam kesusahan. Tambah pulak satu family Cullen siap jaga Bella dari dibunuh group vampire lagi satu.

Gile best. Aku suka Edward Cullen. Bila tengok dia lama lama, handsome pulak. Dengan pandangan mata dia. Aduhhhhhhh!

Dah dah. Cukup cukup.





Yang penting aku nak tengok sambungan cerita ni. Ishk, macam orang gila meroyan dah aku.

Kan best kalo Encik Tingkerbell boleh bawak aku terbang terbang.



p/s: Terbang dalam mimpi jelaaaa...

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?