Tuesday, August 16, 2011

Patah Sayap

Dah tak tahan. Terlalu lama aku pendam perasaan ini. Bila diluah, kecewa yang aku terima. Kenapa dugaan sebegini besar diberikan kepada aku? Seperti dah tiada siapa di sisi yang boleh aku harapkan lagi.

Aku dah jadi burung yang patah sayapnya. Aku perlu kembali sembuh untuk terbang semula. Cuma tak tau bila lagi. Tak tahu bila akan aku jumpa ubat untuk mengembalikan kekuatan aku.

Aku sekarang perlu merangkak untuk kembali berjalan, berlari dan terus terbang semula. Aku perlu melalui fasa kesusahan dan kepayahan semula. Sedangkan aku dah tak sanggup melalui itu semua. Tapi apakan daya, aku mesti teruskan juga.

Aku insan yang lemah. Mudah sungguh air mata ini untuk mengalir. Aku perlukan seseorang untuk menyeka air mata ini. Tapi tiada siapa. Aku perlukan bahu untuk aku sandar. Tapi masih tiada siapa.


Akhirnya aku kembali sendirian menghadapi semua ini...




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?