Monday, December 5, 2011

Aktiviti Hari Minggu dan Kejutan Ombak Rindu

Sabtu lepas, 3 Disember 2011 Encik Tingkerbell terpaksa outstation bertugas sebagai ahli muzik di Seremban. As usual, takkan lah aku nak ikut. Bosan kot, dok menunggu takde buat apa sampai pukul 4 petang. Aku ngan Rayyan tidur rumah mak je.


Rayyan bangun tidur je dok main Angry Birds. Tak reti main, paksa plak aku main. Memang tak lah. Opah jela layan Rayyan.

Memang dah planning, Sabtu tu nak dok lepak rumah my bestfriend Mizah, and jenguk anak dia Hannah. Dah lama tak jumpa budak ni. Besar dah dia. :D

Nampak sangat tak bersedia.

Okey, Rayyan dah ok. Hannah pulak.

Rasa tak puas plak bersembang walaupun dah lunch kat rumah dia, lepak lepak sampai petang. Sampai la Encik Tingkerbell sms kata dah nak sampai. Nak fetch kitorang balik Keramat. Hmmm.. Lain kali kita sembang lagi eh Mizah!

BTW, thanks sebab sediakan lunch untuk aku yang datang rumah ko. Hehehehehe...

Balik rumah, ingatkan nak berehat terus. Yela, dah mandi mandi, dah siap siap nak baring baring layan TV. Encik Tingkerbell pun dah baring baring. Sekali MIL sms ajak datang Matic sebab adik ipar and kakak ipar masuk pertandingan karaoke. Untuk tidak mengecewakan siapa siapa, maka kami pergi lah juga ke Matic, Jalan Ampang.

Ni namanya Rayyan mengada.

Kat situ diadakan Pertandingan Suara Matic dan Matic Band. Lain kali la cerita apa yang ada kat sini yer. Tapi laksa kat sini memang sedap. Apa lagi, hantu laksa kan. Belasah la LAKSA! Malam tu balik terus pengsan hokeh. 

Pagi Ahad pulak, 4 Disember 2011.

Bangun dah tak ingat dunia. Aku memang bangun awal. Banyak benda nak siapkan. Basuh baju, buat breakfast, bla bla bla.

Encik Tingkerbell ngan si kecik ni tak bangun bangun dah pukul 10:30 pagi. Ayah ngan anak sama je. Takpela. Diorang letih. Bagi jela diorang tidur sepuasnya. Last last yang bangun dulu, Rayyan. 

Ape lagi, mandi sama ngan Rayyan. Bagi dia makan. Sebab pukul 12 nak keluar. Aku dah beli tiket wayang cerita Ombak Rindu. Tayangan pukul 2 petang.

Kejut Encik Tingkerbell siap siap, suruh makan sikit. Mandi. Keluar.

Sebelum tengok wayang kat Wangsa Walk tu, makan dulu. Kat A&W. Saje dah lama tak makan situ. Sementara menunggu pukul 2, kita ke arcade game. Main la game puas puas yer. Aku tengok je.


Ayah ajar Rayyan main kad okeh.

Dah puas main, mari beli popcorn!

Sementara menunggu masuk hall 9.


Posing sekejap kat dalam wayang.

Sementara menunggu start movie, kami semua satu panggung dikejutkan dengan dua orang lelaki yang siap bawak mic masuk dalam hall. Aku dah boleh agak dah ape yang akan terjadi. Sebab dua lelaki tu cakap, ada kejutan dan ada dua orang yang istimewa hadir kat Wangsa Walk ni.

Sekali Aaron Aziz dan Maya Karin masuk dalam hall. Satu panggung gamat ngan sorakan dan tepukan. Serius tak tipu, aku sangat teruja nampak mereka berdua. Aku mintak izin Encik Tingkerbell nak turun pegi kat bawah, nak snap pic diorang dari dekat.

Sayangnya, BB aku ni tak cantik sangat gambarnya kalau zoom. Tambah plak keadaaan separuh terang.

Jadilah. Janji jumpa depan mata.

Maya Karin as Izzah. Aaron Aziz as Hariz.

Suka gila aku.

Ada sesi soal jawab dan bagi souvenir kepada sape dapat jawab soalan. Aku dah beriya angkat tangan tapi Maya Karin tak nak kasi aku jawab pun. Apadaaaa... Diorang bagi T-Shirt Ombak Rindu, goodie bag tak tau dalam ada apa dan Novel Ombak Rindu.

Nasib la sape dapat hadiah hari tu. Dan the best part is sesi fotografi bersama Aaron Aziz dan Maya Karin bersama semua penonton dalam panggung tu. Memandangkan aku dah tercongok kat tangga depan, ape lagi. Aku terus duduk sederet ngan diorang dan snap pic!

Katanya nanti pic akan dimuat turun ke dalam page Facebook Official Ombak Rindu. Hehehehehe...

Diorang dah gerak, baru boleh layan movie. 2 jam duduk situ memang tak rugi. Nanti aku buat review lah yer.

Pendek kata, best sangat Ombak Rindu ni sampai air mata tak boleh tahan. Turun laju mencurah curah ke ladang gandum. Serius.

Habis movie pun dah dekat pukul 5. Balik je, bawak Rayyan potong rambut.

Memang Rayyan good boy sangat sangat. Tak menangis dan tak meragam pun dalam wayang. Duduk diam, layan movie sambil makan popcorn. Lepas tu tertidur sendiri.

Potong rambut pun duduk diam jek. Bagus Rayyan bagus.

Rayyan memang good boy. :)

This week agak interesting jugak. At least masa aku tak terbuang sangat. The best thing is spending time with the love one. Rite?

Oh, as long as kerja kerja rumah aku settle semua. Kira orait ah! Hehehehe



p/s: Hujan selalu turun dengan lebat di waktu petang. Seriously susah betul kain nak kering kalau dah jemur. :(



Thank you for spending time reading this entry yaw!

2 comments:

  1. hohoho...bestnyee dpt tgk AA live...rugi aku xp tgk muvi smlm...ahhh kerugian..tp best sgt ke cite ombak rindu tu weh?novelnye mmg best...kt filem xtau la...

    ReplyDelete
  2. Novel dengan filem sama sama best. Tapi filem ni aku rasa lagi best sebab siap ada background lagu yang membolehkan ko nangis dengan mudah. Hahahahaha

    Tiket hari Ahad ni pun aku beli hari Jumaat. Nak beli on the spot? Mimpila dek non.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?