Friday, December 9, 2011

Rayyan Uji Kesabaran Ibu

Malam tadi sepatutnya Encik Tingkerbell ada praktis muzik dengan Drum Simfoni. Tapi tak jadi last minute sebab Encik Tingkerbell ada hal kat ofis.

Dalam pukul 8 malam dah sampai rumah, aku dengan Rayyan menunggu Encik Tingkerbell balik. Aku pulak mesti lah nak mandi. Aku bagi Rayyan minum susu memandangkan memang dia mintak susu pun. Dah siap siap baringkan dia untuk minum susu, aku terus pergi mandi.

Keluar bilik air, aku tengok Rayyan dah buat onar!

Teruji kesabaran aku bila tengok Rayyan tumpahkan susu kat ruang tamu. Bukan kat lantai je penuh susu, kat TV meleleh leleh susu kat kaca TV! Kabinet TV tu toksah cakap la. Penuh susu sampai melimpah ke lantai.

Aku pun apa lagi. Dah macam Supermak dah suara aku jerit. Rayyan buat derk jek. Macam takde buat salah. Lagi la aku hangin. Bila marah, lagi dia tonggeng botol tu, nak protes la konon. Muka dia, puas toksah cakap. Macam muka puas buat jahat tau. Eiiiiiiiiii... Betul betul uji kesabaran aku.

Aku just pukul tapak tangan dia jela. Kang pukul badan sakit dia. 

Botol susu dirampas, basuh tangan Rayyan ngan kaki dia sebab penuh susu, suruh dia duduk diam diam atas sofa. (Nasib sofa tak kena, sebab dia main kat area TV jek.)

Jadi satu hal aku nak mengelap lantai, lap kabinet, lap seluruh tempat yang kena susu. Dah la baru lepas mandi. Baju pun tak pakai lagi tau. Bertowel je buat kerja. Kang kalau masuk bilik, Rayyan amik kesempatan lagi kang buat onar. Baik settlekan cepat.

Mungkin Rayyan meragam sebab dia lapar. Okey la. Aku sebagai Ibu yang baik (baik ke?) bagi la Rayyan makan apa yang ada dulu. Sebab nak tunggu Ayah Rayyan ni balik, memang lambat lagi la kot.

Rayyan suka makan benda rangup rangup macam keropok ngan biskut. Biskut dia ngan keropok dia dah habis. Yang tinggal ada la cornflakes. Bagi la dia makan tu. Tu pun banyak gak dia makan. Aku letak dalam bekas. Dia boleh amik bekas cornflakes tu, dia tambah lagi dalam bekas makanan dia. Aku tengok je apa dia nak buat. Okey la, dia tambah, dia makan. 

Sementara dia makan, aku tengok la TV sekejap. Aku toleh balik tengok Rayyan, dia dah tonggengkan seluruh bekas makanan dia ke lantai! Grrrrrrrrrrrrrrrrr! Betul betul uji sabar punya Rayyan ni.
 
Aku dah marah sampai camni muka aku.

Habislah tumpah cornflakes kat lantai. Adoi Rayyan. Satu hal lagi aku nak kemas lantai yang penuh cornflakes tu. Aku bagi la Rayyan makan roti. Patut tadi bagi je dia makan roti. Lupa pulak.

Lepas dia kenyang, apa lagi. Main lah. Beriya iya suruh aku duduk. Dia marah aku baring. Rupanya dia nak main kuda. Adoiiii.. Layan jela budak ni. Dok la aku jadi kuda sekejap. Tak larat lama lama. Sakit lutut woiiiii.

Encik Tingkerbell balik lambat. Pukul 10:30 malam baru sampai rumah. Kami berdua dah terbongkang tidur. Sama sama main, sama sama penat, sama sama tidur. Kami tidur peluk tau. Hehehehehe...

Nakal macamana anak tu, marah macamana kita masa tu, anak senyum buat muka comel kat kita, hilang terus rasa marah.

Serius tak tipu.




Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?