Tuesday, January 3, 2012

Gila Gadget

Ini adalah entri perli diri sendiri. Harap Maklum.






Gadget atau handphone. Semua orang gila gadget, termasuk aku. Tapi pernah tak korang merasai situasi macam ni.

Bila keluar dengan kawan, kawan kau tu tak pay attention pun dengan apa yang kau cakap atau kau bebelkan. Dok sebok dengan handphone bertuit tuit, berfesbuk, berYM, berGoogle Talk, berBBM and the list go on and on. So, apa guna keluar berjanji dengan kawan, tapi kau dok main handphone jek. Sia sia keluar satu hari nak jumpa kau kan.

Aku pernah gak keluar dengan sorang kawan baik aku. Aku nak cerita benda best kat dia. Tapi dia sebok dok main handphone dia. Memang la kalau dah dengan aku, aku sound direct jek.

Aku cakap, "Kalau sebok dok main FB je kat handphone tu, tak yah jumpa aku pun takpe. Main jela handphone tu."

Baru la kawan aku simpan handphone dalam poket. Kui kui kui. Terasa lah tuhhhh!

Bukan dengan kawan kawan je, even dengan family members pun aku pernah hangin gak. Sebok dok sms boyfriend, aku tanya soalan pun tak dengar. Hangin weh.

Okey, seriously kadang kadang aku tak sedar pun aku sendiri macam tu. Especially bila aku dah pakai BlackBerry.

Sampai lah satu hari Encik Tingkerbell tegur aku. Ops! SELALU tegur aku.

Nada marah pernah;
"Tak habis habis dengan handphone! Makan la dulu baru main handphone!"

Nada baik pernah;
"Boleh tak jangan nak main handphone je?"

Nada sangat baik pun pernah (tu pun sebab nak cover depan mak dia)
"Awak simpan dulu la handphone tu, kejap kejap lagi sambung la"

Pernah gak dia nak bercerita dengan aku, tapi dia stop cerita dia. Aku tanya, kenapa stop? Cerita lah.

Dia jawab, "Takpe la, awak main jela handphone tu. Tak payah la dengar cerita orang" (Sebab masa tu aku dengar dia bercerita sambil aku sebok nak check-in kat foursquare. -_-")

Itu nada perli yer kawan kawan.

Dan lagi satu, dia pernah ugut.

"Awak tengoklah, nanti orang sorok handphone awak, biar awak tak bole pakai handphone tu. Siaplah!"

Aku pun terus letak handphone dalam poket. Hehehehehehe... :D

So nasihat aku kepada sahabat sekalian, kalau nak bertuit tuit tu, bersms, dan ber lain lain, berpada pada lah. Sebab, orang lain sekeliling tu akan rasa annoying gila.

Sampai sekarang aku rasa diri aku ni kadang kadang annoying jugak. Hehehehehehe





p/s: Maaf yer kepada kengkawan yang annoyed dengan aku sebab tak habis habis dengan handphone. Peace y'all!!!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?