Wednesday, January 30, 2013

JJCM : Cozy House Restaurant, Great Eastern Mall





Hari Ahad, 27 Jan, kami sekeluarga 3 beranak nak keluar makan kat luar. Pikir punya pikir, akhirnya buat keputusan nak makan kat Cozy House Restaurant, Level 3, Great Eastern Mall.

Kami selalu gak makan kat sini. Especially kalau ada duit la. Ni sebab saje nak jalan jalan pun.

Encik Suami kalau makan sini selalunya satu yang dia WAJIB order, Chicken Chop with gravy. Entah kenapa la dari dulu sampai sekarang memang ni jela dia makan kalau kat sini. Tak dinafikan memang sedap la. Harga pun sedap. Hehehehe.. Jom layan gambar.

Masing masing buat muka comel sementara tunggu makanan. (Instagram : askniealias)

Air sampai dulu. (instagram : askniealias)

Minuman WAJIB Encik Suami jugak. Strawberry Milk Shake. Aku tak kisah minum pape pun tapi hari tu tekak nak minum Watermelon Juice.


Thai Fried Rice with Egg.

Aku saja nak order makanan lain pulak. Hari tu makan Thai Fried Rice with egg. Tapi aku request yang kurang pedas. Sebab aku ni mana tahan pedas. Wow boleh tahan sedappp...


Chicken Chop with Gravy.

Fav food Encik Suami dah sampai. Memang sedap. :)



Mushroom Soup.

Kengkonon mushroom soup ni nak kasi Rayyan. Tapi Rayyan pun tak nak makan sangat hari tu. Last last aku gak habiskan. Lagipun Encik Suami takut aku tak kenyang makan nasi. Die suruh makan ni gak. Sedapppp...



HABIS!

Sedar tak sedar, habis licin! Wei macam kebulurrrrr.. Hahahaha.. Padahal memang kalau makan kat sini memang macam ni pun kitorang makan. Tak baik membazir. Habiskan makanan yer...




p/s: Total makanan hari tu RM60. Dah agak pun harga dia memang mahal. Tapi dah memang sengaja nak makan tempat mahal. Bukan selalu. Setahun dua tiga kali je punnn...



Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?