Tuesday, January 29, 2013

Salah Cakap #6 : Dalam Satu Hari





26 January 2013, Saturday - My 28th Birthday. Happy Birthday to me. :)



KISAH 1

Hari tu kami sekeluarga (Aku, Rayyan, Encik Tingkerbell, Nabilah dan Adik) pergi tengok bola PKNS vs Lions XII kat Stadium MBPJ Petaling Jaya untuk Piala FA 2013. Nasib baik PKNS menang 1-0. Kalau tak, sia sia je Rayyan jerit jerit sorak. Hahahaha..

PKNS dan Lions XII dah masuk padang. Nyanyi lagu Negaraku.

Rayyan sorak. Serius wei Rayyan sorak.


On the way balik tu, macam biasa la dalam kereta dengar radio Suria FM (Dah minat dengar Suria dah plak sekarang wooo) Biasalah lagu radio Suria FM ni ada lagu rock kapak tahun 80-an dulu.

Encik Tingkerbell ni beriya iya nyanyi tapi aku tak pernah dengar pun lagu ni. So aku tanya dia.

AA : Lagu siapa awak nyanyi ni?

ET : Lagu kumpulan Damansara.

AA : DAMANSARA? Hahahahahahahahaha

ET : Eh, eh. Damasutra laaa. Lalu kat Damansara ni tu yang teringat Damansara tu.

Kitorang dalam kereta dok gelak tak benti. Damansara pun boleyyyyy...





KISAH 2

Dalam perjalanan balik tu, Encik Tingkerbell ajak pergi Jalan TAR. Yela, hari Sabtu ada pasar malam kat Jalan TAR tu. Okey la bole jalan jalan.

Lepas dapat parking, kitorang berjalan la menuju ke kotaraya. Chewah ayat. Encik Tingkerbell kata dia nak pergi beli selipar kat Pertama Complex dulu.

Sebelum melintas jalan tu aku tanya Encik Tingkerbell.

AA : Awak, sekarang dah pukul berapa?

ET : Dah pukul 6.15 ringgit.

AA : Ringgit???? Hahahaha.. Mentang mentang nak beli selipar baru, dok pikir ringgit laaaa...

Kitorang sekali lagi gelakkan Encik Tingkerbell yang tak habis habis buat lawak tak sengaja. Hahahahaha!


Test selipar kat kedai Nike. Kononnyaaaa...



KISAH 3

Dah selesai membeli belah semua bagai, dah beli selipar mahal dia kat Pertama Complex, dah jalan jalan kat pasar malam Jalan TAR (sempat rembat jersey ngan selipar untuk Rayyan je pun) kami nak balik la rumah.

Siap dok kat kaki lima jap rehat sebab letih. Pastu masing masing pikir nak pergi makan kat mana. Aku memang tak kisah nak makan kat mana pun.

Encik Tingkerbell kata dia nak beli mekdi la. Memandangkan aku memang suka makan Prosperity Burger mekdi dan hari tu birthday aku. Konon nak ikut cakap birthday girl la. (Padahal aku tak mintak pun nak pergi mekdi) Takpela, jomla beli drive thru je kat mekdi. Nanti makan kat rumah je. Aku pun tak larat nak ke mana mana lagi dah. (Since pregnant, cepat semput. Lagi lagi perut dah besar ni)

Sampai je kat mekdi Ampang, macam biasa la kena order kat mesin bercakap tu kan.

Mekdi : Ye encik. Nak pesan apa?

ET : Bagi PROSPERITU burger. Eh, PROSPERITY burger set besar satu. Bla bla bla (order lain lain)

Kitorang yang dalam kereta ni mengekeh gelak tak tahan. Adoooii.. Sakit perut dibuatnya asyik gelakkan Encik Tingkerbell je. Prosperitu pun boleyyy...





KISAH 4

Lepas dah order, macam biasa gi kaunter 1 untuk bayar. Then proceed kaunter 2 untuk ambik makanan yang dah order tadi.

Minah mekdi pun pass la makanan kat tingkap macam biasa.

ET : Ni cukup ke semua burger?

Mekdi : Cukup semua.

ET : Mintak extra CHEESE yer! Eh, extra SOS!

AA : Hahahahaha! Extra cheese. Burger dah bagi, baru nak mintak cheese. Hahahahaha!

ET : Eh, boleh je kalau nak mintak extra cheese. Yang double cheese burger tu. Boleh je nak mintak extra cheese.

Elehhhhh... Padahal Encik Tingkerbell nak cover malu je tu. Hahahahahaha.. Layan jelaaa...





p/s: Kesian seharian Encik Tingkerbell kena bahan sebab asyik salah cakap je.

p/s/s: Pics semua dari instagram aku.


Thank you for spending time reading this entry yaw!





No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?