Friday, May 3, 2013

Pregnancy Check Up : 33 Weeks




Hari ni dah minggu ke 33 aku pregnant. Which is I still have 4 more weeks untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebab minggu ke 37 dah boleh bersalin dah. Fuhhh.. Semoga dipermudahkan..

Last update pasal pregnancy aku pun masa 18 minggu. Entri ni. Lepas tu aku dah tak update pape dah. Takde masa dan agak malas sebenarnya.

So far, sekarang dah buat monthly check up kat Hospital Pusrawi dengan doktor pakar. Tapi sekarang dah 33 minggu, doktor kata check up 2 minggu sekali pulak.

Semalam check up 33 minggu. So far, semuanya normal. Doktor kata berat ok, berat baby ok, baby normal. Oh yer, masa check up 22 weeks aritu, dah nampak gender baby. It's a boy. Takde rezeki dapat girl. Takpe, boleh geng ngan Rayyan ok! Janji baby sihat. :)

Sebelum pregnant, berat aku biasanya 47 kg.

20 Nov 2012 - 10 weeks - 47.4 kg (naik 0.4 kg)
19 Dec 2012 - 14 weeks - 50.6 kg (naik 3.2 kg)
17 Jan 2013 - 18 weeks - 52.6 kg (naik 2 kg)
14 Feb 2013 - 22 weeks - 56.6 kg (naik 4 kg)
14 Mar 2013 - 26 weeks - 59 kg (naik 2.4 kg)
11 Apr 2013 - 30 weeks - 62.9 kg (naik 3.9 kg)
2 May 2013 - 33 weeks - 63.2 kg (naik 0.3 kg)

Kiranya total kenaikan berat badan aku dari sebelum pregnant sampai la dah 33 minggu adalah 16.2 kg.

Masa minggu ke 30 doktor kira berat baby 1.8 kg. Minggu ke 33 doktor kira 2.2 kg dah. Ok la baby sihat naik berat badan dan saiz. Tapi lagi 14 kg tu amende la. Lemak, perut, uri, air dalam badan, breast, sume la kot. Fuh, jenuh nak kurus balik ni. Chayok!

So, next check up lagi 2 minggu! 16 May 2013.

Aduh, macamana la nak menempuh lagi sebulan ni sampai beranak. Sekarang pun dah mengah, jalan dah tak larat nihhhh. Masa pregnant Rayyan dulu takde la teruk gini kot. Pregnant yang ni berat and selalu sakit kat bahagian bawah (ari-ari) ni. Bila tanya doktor, dia bole cakap, "Actually, it's good." Ape yang good ntah. Sakit laa bukan tak sakit.

Doktor ada explain, tapi aku tak berapa paham sangat. Yang aku paham dia kata benda ni normal. And sakit tu menunjukkan positive progress la. Lebih kurang gitu la. Cuma sekarang ni aku kena kuat la sket. Kuatkan semangat sebab bila sakit ni datang, aduhhh.. Tuhan jela tau.


p/s: Semoga kuat menempuh hari hari seterusnya. :)


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?