Monday, January 20, 2014

My Poor Baby Syauqie



Last week, Isnin 13 Januari 2014 Syauqie ada appointment dengan doktor. Tu pun sebab sakit dia macam dah melarat. Mata merah sebelah, bijik angin belakang kepala dia makin banyak, dan cuping telinga berdarah sebab dia kerap sangat tarik tarik telinga masa menyusu. Gatal gamaknya. Muka pun dah naik ruam macam orang tua tua kata, kurap susu.

Dipendekkan cerita, kami laki bini rasa macam Syauqie ni serius sangat sakit ni, maka kami walk in jer ke Klinik Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan jumpa dengan pakar pediatrik, Dr. Ruzini. Lagipun sebelum ni kami dah check kat Klinik Pusrawi, Taman Permata. Doktor bertugas hari tu pun dah bagi surat GL refer ke pakar, tapi kami ni dok pending je, takde masa. Tertangguh 2 minggu, last last, macam dah teruk, baru nak jumpa pakar pediatrik.

Sorry Syauqie, we are really not a good parent. Sedih! :'(

Dr. Ruzini sekali tengok Syauqie dia dah tau sakit ape.

"Oh, ini eczema ni"

Dan terus doktor bagi penerangan lanjut pasal eczema. Tambahan pulak doktor check nafas Syauqie, dah ada lelah pulak. Kena bagi rawatan masa tu gak, sedut gas. Pasal sakit mata, itu jangkitan dari siapa siapa la tu katanya. Nanti mata baik sendiri.

Berkenaan dengan biji angin kat belakang kepala, gatal gatal telinga, itu semua berpunca dari eczema. Actually hari tu aku tak habis tanya pasal pantang larang budak eczema ni. Sedih! Sorry Syauqie, again, we are not a good parent. :'(

Biji angin tu, lambat baik katanya. Eczema, tak pasti la sebab aku tak ingat nak tanya. :'(

Doktor kata kena follow up. So next appointment will be on 21st Jan but Encik Suami ada hal. So postpone to 22nd Jan 2014.

Kali ni aku nak tanya habis habis pasal eczema Syauqie ni. Tak puas hati betul. Tambahan pulak, makin bertambah eczema kat muka. Dah tompok tompok merah banyak dah kat muka dia. Kesian Syauqie. Kesian sangat. Nak kena tanya pantang larang, semua la. Sebab aku banyak sangat dengar version dari orang tua, dari sedara mara, dari kawan kawan. So kalau nak puas hati, baik dengar dari mulut doktor sendiri.

So kepada yang membaca, tolong doakan anakku Syauqie ok. Badan dah semangat, muka dah comel, tapi pipi dah tompok tompok merah sebab eczema.

:'(




Thank you for spending time reading this entry yaw!

1 comment:

  1. Salam awak, hows your baby? The eczema. Anak saya pon mcm tu. Tq

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?