Tuesday, April 29, 2014

Announcement, I Think...




Rasa macam dah boleh je buat announcement kat sini. Hek hek hek. Dah lama sangat tak bersiaran kat sini. Cerita pun dah lama tak up, padahal banyak je cerita boleh up.

Yer, kerja banyak, dan dah takde masa nak mengadap pc untuk menaip lagi dah. Busy memanjang. Melainkan ada masa terluang (macam sekarang la kan).




Actually, cerita yang nak diceritakan ni dah ramai tau. Dah ada yang dah tau, tapi senyap senyap je. Atau ramai yang macam agak agak, tapi tak berani nak tanya. Dan ada yang tau sendiri.

Today, and this week, I am announcing that I am










PREGNANT 16 WEEKS.


Result pregnancy test masa check kat Klinik Pusrawi.

Yes, I am expecting my 3rd baby. Quite fast huh. Rezeki Allah bagi, tak boleh tolak sewenang wenangnya. Walaupun Baby Syauqie baru je nak masuk 11 bulan next week, tapi kira okey la dapat adik baru masa dia dah 1 tahun 4 bulan. :)

Masa dapat tau pregnant, memang agak down sket, sebab tak sangka. And Syauqie masa tu baru 8 bulan. Gila tak down. Masa tu tengah ligat fully breastfeed. Masa tengah down, mental down, susu badan automatik down. Agak frust, rasa kesian kat Syauqie sebab dia susu badan. Tapi nak buat macamana. Tak boleh kata tak nak. Takkan nak buang.

Orang lain susah dapat anak, kita senang dapat anak. Takkan tak bersyukur kot?

Hopefully this time baby girl lah pulak. Kalau dapat boy jugak, bersyukur jela. Ape lagi, team KRU la. Hehehehe...

1st trimester sama macam Rayyan dan Syauqie. Muntah, mual. Perkara biasa. Masuk 2nd trimester dah ni, okey dah. Baby bump's showing, and cepat mengah la walaupun baru je bape minggu ni. Hmmm...

Ramai kata macam laki lagi, tapi awal lagi nak tau. Boleh je tau, tapi belum scan. Tunggu panel la, masa pregnant 6 bulan. Kalau sekarang, check up klinik biasa je, mane ade scan scan nih. Kalau nak scan klinik lain, kena bayar. So, better tunggu panel je. Sabar jela lagi 2 bulan je dah boleh check up kat Hospital Pusrawi.

Rasanya tu jela berita gembira yang boleh di up kan buat masa ni. Kawan kawan yang membaca doakan kesihatan baby yeh and don't forget, #prayforgirl. Hahahah siap hashtag gittewwwww...





p/s: Segan nak announce dah pregnant 3rd baby. Takut nanti orang cakap, "amboiii.. cepatnyaaa..." Mulut orang kan, mane boleh tutup.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?